Tuesday, April 29, 2008

PERBUALAN LEMBU DAN ANJING

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

NJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)
HANG DI KEDAH


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah

penjajahan tanah melayu) kepada kawan
kawan kita supaya kita semua dapat
kesedaran di sebalik sejarah yang
segaja
tak didedah disebabkan agenda
tertentu..
Semoga dari pendedahan ini kita
megambil
iktibar betapa ketuanan melayu di
sanggah selama ini... ..

1908 > alfonso de la boorg meyampaikan
hasratnya kepada raja portugis untuk
meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (
melaka pusat perdangan asia tenggara
ketika itu) dan juga laluan penting
perdagangan timur barat raja portugis
bersetuju untuk menyediakan kemudahan
bala tentera (158 biji kapal, 15300 (
anngaran) bala tentera


1909> Portugis menhantar perisik ke
melaka untuk megetahui keadaan kekuatan
pertahanan disana


Oct 1910> alfonso berjaya menawan
melaka
setelah berhempas pulas melawan 5
pahlawan melayu terhandal ( hang tuah,
hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan
hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri
bagi pihak alfonso, untuk menawan
melaka
serta berlawan dengan 5 Hang
bersaudara,
mereka perlu mendapat askar tambahan
setelah 15ribu askarnya terkorban dalam
pertempuran selama 6 hari itu dengan 5
Hang bersudara..akhirnya dapat juga
menawan melaka setelah hampir kecewa
dan
putus asa...

1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso
ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah
dan p.pinang, yang kitika itu adalah
pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau
ini,...

feb 1912 > alfonso menghantar perisik
ke
kedah dan pulau pinang untuk mengetahui
kekuatan bala tentera di sana ( Kedah
dan p.pinag) mengikut sejarah,
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar
kedah dan pulau pinang untuk mendapat
segala maklumat yang diperlukan...

Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik
ke melaka untuk memberitakan hasil
risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan
antara perisik dengan al fonso yang
selama ini cuba disembunyikan dalam
buku
sejarah

Perisik 1.2.3> selamat pagi tuan (
sabil
bertabik)

al fonso > selamat pagi

Perisik 1 > Begini lah tuan, lupakan
saja niat tuan untuk menawan kedah dan
pulau pinang

al fonso > Kenapa kuat sangat kah
mereka
itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang
mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
tuah, hang jebat, hang kasturi, hang
likir dan hang lekiu pun kita
kehilangan
hampir 15 ribu bala tentera, inikan
pula
kita nak menawan kedah dan perlis yang
mempunyai beribu ribu hang...

Perisik 3 > Betul tu tuan... antaranya
hang sihat, hang buat apa, hang apa
khabaq, hang lagu mana,hang pi mana,
hang dah berak ka, hang singgah dulu
,bapak hang,mak hang,tok hang macam
macam lagi hang ada kat sana ... ..

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun
tak jadi nak pi serang kedah dan pulau
pinang disebabkan pengalamannya sebelum
ini bersama 5 pahlawan melayu melaka
amat ngeri... ... ini kan pula nak
berhadapan beribu ribu hang kat kedah
dan pulau pinang

Monday, April 28, 2008

5 Syarat Nak Buat Maksiat

5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"